Monday 18 February 2013

pra perkahwinan


السلام عليكم



monday blues

monday ? huh.

take five kejap. ada story aku nak share dgn engko org. hee. last weekend aku register kursus pra perkahwinan tau. si dia on je bila aku ajak. mak pun dah diberitahu. excited weh ! semua ni aku buat atas niat persediaan kalau kalau dah tertulis jodoh aku makin dekat. kira aku dah sediakan payung sebelum hujan laa. haha.

kursus dianjurkan oleh bahagian pembangunan pelajar (STADD), UIAM dengan kerjasama jabatan agama islam selangor (JAIS). fee 50 ringgit include module-makan pagi-tengahari-petang. murah sikit compared to outside pre marriage course. kan ? totally ada lapan slot selama dua hari kitaorg kursus. dari pagi sampai petang kitaorg kt dalam dewan tu tak pernah kering gusi. boleh tahan jugak lawak diaorg. hehe. mostly diaorg open minded. sudi berkongsi cerita dari pengalaman sendiri. so far banyak jugak input-nasihat-pengajaran utk kitaorg in future. dari apa yg diaorg cerita, hidup berumahtangga ni banyak cabaran dan dugaan. lagi lagi berkaitan kewangan suami isteri. duit suami, duit isteri. duit isteri, duit sendiri. setuju ? :p jangan marah ye. gurau. sebelum kahwin aku suggest engko org belajar laa uruskan kewangan. berjimat. saving banyak tak jadi masalah. yang bermasalah kalau hutang engko org keliling pinggang. hutang study dah confirm. credit card lagi. huh. lagi se engko org perlu tahu cara manage masa utk suami/isteri dan anak anak. even seharian engko org kerja, jangan disebabkan penat engko org abaikan keluarga terutamanya anak.

kalau bertekak-masam muka-tak bertegur itu perkara biasa dalam rumahtangga. bila stress, emosi tak stabil. sometimes anak anak jadi mangsa, officemates pun kena tempias sekali. kesian. control sikit emosi engko org ye. ustaz zulkhairi pesan, jangan amalkan tak bertegur sapa lebih dari tiga hari. maksimum tiga hari je tahu ! sebab lebih dari tempoh tu akan membawa mudarat kepada ikatan.

Nabi S.A.W bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ 

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari tiga hari. (Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

our last slot berkaitan bentuk komunikasi berkesan dalam rumahtangga. sangat penting. because some of divorce cases disebabkan komunikasi tak berkesan. sometimes tak semua mesej yg engko org nak sampaikan dapat difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. aku salah seorang manusia yg tak faham bahasa kiasan. haha ! nak cakap, straight to the point je laa. huh. penat taip. aku stop sini dulu ok. kalau engko org ada masa, why not engko org register kursus kahwin. tak kan preparation semua nak buat last minute kot. pening oii. cepat cepat attend, tak rugi pun :)




see you soon. bai.

Friday 15 February 2013

putus cinta


السلام عليكم

selamat pagi semua ! 

JUMAAT hari aku excited nak dtg kerja selain hari gaji. haha ! selalu lepas kerja aku gerak balik kuantan. minggu ni terpaksa stay gombak sebab esok ada agenda demi masa depan sendiri. fuyoo :p

okay back to topic. pernah tak engko org rasa putus cinta ? jangan tanya aku la.. haha ! kalau engko org nak tau, aku mcm org putus cinta bila kehilangan abah. tp lagi sakit dari putus cinta. itu yg aku masih rasa. putus cinta sekali je menangis tapi kehilangan abah buat aku menangis almost everyday. bila teringat, menangis. bila rindu, menangis. sakit sangat Allah s.w.t je yg tahu. sobs3.

kalau engko org putus cinta jangan terlampau sedih keh. fikir positif. mungkin jodoh engko org tak kuat. senang cakap, takde jodoh. betul. memang susah. take time jugak nak melupakan kenangan. but u have to ! nasihat aku, engko org jgn frust tahap nak bunuh diri. lantak la boyfren/girlfren engko org dah buang ko dlm hati dia sekalipun. keluarga masih dan sampai bila bila akan sayang engko. tahu ? dan engko org kena percaya, jodoh engko org dah ditetapkan di Luh Mahfuz :)

bila engko org teringat kenangan manis bersama, cepat cepat remove semua tu. JANGAN baca novel cinta, layan lagu2 jiwang atau buat something yg boleh buat engko org teringat dia. bagus jugak kalau engko org keluar makan angin-tengok wayang-shopping-karaoke-picnic dgn family, kawan2 takpun dgn bakal boyfren. lagi berkesan engko org tengok maharaja lawak. gelak sampai terburai isi perut pun takpe. haha ! hilang jugak tension tu. paling mujarab engko org solat, doa setiap lima waktu supaya engko org dapat lupakan dia dan ditemukan dengan seseorang iaitu jodoh engko org laa. habis cerita.

" Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah s.w.t menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah s.w.t akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. "


tata !

Wednesday 6 February 2013

permulaan :)


السلام عليكم

hi ! ini blog kedua aku. first blog officially delete sbb malas nak update. kali ni dah terlebih rajin create blog siap ajak officemates. hee. apa2 boleh share story panjang lebar dekat sini je. senang kan ? plus boleh la curi tulang jap membebel kt sini kalau dah bosan ngadap pc. haha ! ok jangan tiru. nak sambung kerja balik. esok ada meeting. 

bai !