Monday 18 February 2013

pra perkahwinan


السلام عليكم



monday blues

monday ? huh.

take five kejap. ada story aku nak share dgn engko org. hee. last weekend aku register kursus pra perkahwinan tau. si dia on je bila aku ajak. mak pun dah diberitahu. excited weh ! semua ni aku buat atas niat persediaan kalau kalau dah tertulis jodoh aku makin dekat. kira aku dah sediakan payung sebelum hujan laa. haha.

kursus dianjurkan oleh bahagian pembangunan pelajar (STADD), UIAM dengan kerjasama jabatan agama islam selangor (JAIS). fee 50 ringgit include module-makan pagi-tengahari-petang. murah sikit compared to outside pre marriage course. kan ? totally ada lapan slot selama dua hari kitaorg kursus. dari pagi sampai petang kitaorg kt dalam dewan tu tak pernah kering gusi. boleh tahan jugak lawak diaorg. hehe. mostly diaorg open minded. sudi berkongsi cerita dari pengalaman sendiri. so far banyak jugak input-nasihat-pengajaran utk kitaorg in future. dari apa yg diaorg cerita, hidup berumahtangga ni banyak cabaran dan dugaan. lagi lagi berkaitan kewangan suami isteri. duit suami, duit isteri. duit isteri, duit sendiri. setuju ? :p jangan marah ye. gurau. sebelum kahwin aku suggest engko org belajar laa uruskan kewangan. berjimat. saving banyak tak jadi masalah. yang bermasalah kalau hutang engko org keliling pinggang. hutang study dah confirm. credit card lagi. huh. lagi se engko org perlu tahu cara manage masa utk suami/isteri dan anak anak. even seharian engko org kerja, jangan disebabkan penat engko org abaikan keluarga terutamanya anak.

kalau bertekak-masam muka-tak bertegur itu perkara biasa dalam rumahtangga. bila stress, emosi tak stabil. sometimes anak anak jadi mangsa, officemates pun kena tempias sekali. kesian. control sikit emosi engko org ye. ustaz zulkhairi pesan, jangan amalkan tak bertegur sapa lebih dari tiga hari. maksimum tiga hari je tahu ! sebab lebih dari tempoh tu akan membawa mudarat kepada ikatan.

Nabi S.A.W bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ 

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari tiga hari. (Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

our last slot berkaitan bentuk komunikasi berkesan dalam rumahtangga. sangat penting. because some of divorce cases disebabkan komunikasi tak berkesan. sometimes tak semua mesej yg engko org nak sampaikan dapat difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. aku salah seorang manusia yg tak faham bahasa kiasan. haha ! nak cakap, straight to the point je laa. huh. penat taip. aku stop sini dulu ok. kalau engko org ada masa, why not engko org register kursus kahwin. tak kan preparation semua nak buat last minute kot. pening oii. cepat cepat attend, tak rugi pun :)




see you soon. bai.

No comments:

Post a Comment