Friday 28 June 2013

officially engaged ! :D


السلام عليكم


16hb Jun 2013 / Ahad;

last but not least, status dah pun bertukar after almost two years being together. hihi. syukur padaMu Ya Allah. everything going smooth on that day. atas permintaan keluarga pihak lelaki, majlis berlangsung lebih awal. sebelum Zuhur dah pun selesai :)  btw since my bestie dtg diaorg laa jadi peneman. terharu sangat ! both sides dekat luar serious berbincang, kitaorg dalam bilik gelak tak hengat dunia. haihh. dah berabad kitaorg tak jumpa tau even rumah dekat je. masing2 busy dgn life sendiri. al maklum, semua dah bekerja kan hee :D

I'm your fiancee !

menu hari tu nasi minyak dan dessert sahaja. puding koktail yang mak buat kejap je dah licin. diaorg siap puji lagi tau ! rugi laa sape yang tak sempat nak merasa hehe. tetamu kitaorg cuma jemput jiran selorong, keluarga terdekat dan kawan rapat je. sorry ye kalau ada yg terasa sebab tak dijemput. tunggu majlis besar kitaorg tahun depan ehh :)

emm dah bertunang ni, ada yang bagi nasihat itu ini. diaorg cakap tengah darah manis. aku ? sampai sekarang tak faham -,- bila dah digelar 'tunangan orang', terasa hubungan makin kukuh. feeling pun lain macam dah haha ! sukar diluahkan dengan kata2 ;p  sebelum bertunang aku selalu dengar dari pengalaman orang lain, mostly cerita dugaan bertunang ni macam2. risau tu ada jugak la. tapi "dia" selalu nasihat so lega sikit hati ni. yelaa better kita think positive. nak bina masjid la katakan hihi.

kalau diikutkan perancangan, kurang setahun je lagi majlis kitaorg. kalau boleh semua aku nak uruskan sendiri (dgn tunang aku sekali laa). taknak susahkan orang lain. maybe lepas raya dah boleh survey apa yg patut untuk majlis nanti. doakan kitaorg ye :')

tunggu next entry. nak share pic tunang pulak.

take care bye ! :D


Wednesday 5 June 2013

Review 2 : second stage preparation ♥


السلام عليكم


*dupdapdupdap*

ohh jantung jangan la laju sangat. huh. another half month je lagi my E-day :) no wonder laa kan ? boleh kata tiap hari fikir. tak pernah missed even sehari. haha taksub sangat ! never mind dear. itu ciri2 seorang wanita sejati. cehh.

jom sambung review 1 : first stage preparation :)

second preparation; mini pelamin include baju tunang. a bit cerewet bab memilih, so both aku kategorikan sekali. opss lupe ! make up sekali tau. sangat penting bagi aku untuk nampak cantik depan semua orang on that day. haha it's my day okay ;p mini pelamin aku prefer sewa kat hometown. set an appointment, then jumpa diaorg kat bridal. tapi selalu aku terjah je, leceh laa nak appointment bagai. at last facebook jugak jadi orang tengah. hehe. dengan bajet orang baru setahun kerja, aku book mini pelamin include make up sahaja. no sponsor wuuu T_T  sometimes imagine muka sendiri after make up nanti. lawa ke tidak ? just wait and see. hihi.

baju tunang pulak prefer taknak sewa. dari awal lagi dah niat nak beli siap takpun tempah je. beli yang simple as long as nice dan tak over. hari tu ada pergi JAKEL dengan officemate Asha. not bad la kan, border lace RM900/meter. haha gilaa ! banyak pulak duit aku nak berhabis 1K untuk lace je. pencarian demi pencarian akhirnya dapat laa baju yang sesuai. fuhh lega ! plain chiffon with lace and simple beaded :D  so far hijab dengan veil tak beli lagi. belum decide nak match muka dengan tudung ape. tapi nak shawl lace kot, suka sangat hihi :)

okay laa time for lunch.nak tidur kat surau. i'm fasting lorr. chaoo !

take care bye.

Thursday 25 April 2013

Review 1 : first stage preparation ♥

السلام عليكم

preparation ? smile.

In Sha Allah, i'll be someone fiancee on this June. jangan pelik kalau entry kali ni berbaur bahagia ye. hehe ! hati berdebar dengan perasaan yang bahagia. tapi bila teringat arwah abah, aku jadi sedih. arwah abah tak sempat tengok majlis pertunangan aku :'(  Ya Allah, moga dikuatkan hati yang lemah ini. Al-fatihah.

first preparation; hantaran. sebab kami excited nak shopping itu ini. hehe. after discuss, kami decide untuk buat lima dulang berbalas tujuh sahaja which is tujuh dulang untuk pihak lelaki, lima dulang untuk pihak perempuan. for me; sirih junjung, dua bentuk cincin, perfume, jam tangan dan chocolates. for him; sirih junjung, chocolates, cupcakes, buah-buahan, perfume, jam tangan dan kemeja. middle of march kami dah start beli dua-tiga barang. mostly barang hantaran beli kat KL since kami stay sana. cincin merisik dan tunang aku angah yang pilihkan. tenkiu angah ! alhamdulillah lega bila one part dah selesai :)


untuk barang gubahan hantaran pulak aku beli kat Small Garden Kuantan (Malay Town) je. so far dekat situ banyak pilihan kalau nak compare dengan kedai lain. tapi harga mahal sikit. nasib baik mak ada kad ahli so dapat la discount. hehe. part idea gubahan aku hired orang lain (deal with amoi; Sushi). aku tak kreatif, lagi lagi dengan kerja yang remeh temeh. simpang jauh. haha. and I'm satisfied dengan hasil kerja tangan dia :D

btw ini sahaja yang aku dah settlekan. berpinar mata bila duit mengalir laju cam air paip. dulu tak tau faedah simpan duit, sekarang menyesal tak sudah. apa pun tak boleh. sobs3. next entry, aku nak share second stage preparation pulak :)

ok bye !

Friday 12 April 2013

kasut getah


السلام عليكم

lately aku busy sangat. kerja bertimbun. sobs3. berhempas pulas takyah cakap la. balik kerja malam, weekend overtime. sampai sakit badan sebab tak cukup rehat. tapi bila dapat shopping, kurang sikit stress aku. haha :p tadi aku terbeli kasut getah RubberMade. reason; senang nak kehulu kehilir. haha ! murah je pun. candy colors tu yang buat aku melted. cute ! tak caye, engko org tengok laa :)


#by RubberMade#

#crystal#

#shining flat#

RubberMade products; shoes, flip flops, bags and handphone accesories. kalau engko org berminat dgn produk RubberMade, click https://www.facebook.com/WeHeartRubberMade?fref=ts beli online je. takyah bayar parking, jimat minyak, jimat masa. as simple as that. but make sure engko org beli saiz besar sikit sebab sometimes kaki kita berpeluh. kalau melecet pedih ! okay selamat membeli ye :)

XOXO bye !


Friday 15 March 2013

Wedds :)


السلام عليكم


" Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fil khair "

Ummi Izzati & Mohd Faisal


Mira & Alan


"Semoga Allah s.w.t memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan."
 
with love,
cyma.

Monday 18 February 2013

pra perkahwinan


السلام عليكم



monday blues

monday ? huh.

take five kejap. ada story aku nak share dgn engko org. hee. last weekend aku register kursus pra perkahwinan tau. si dia on je bila aku ajak. mak pun dah diberitahu. excited weh ! semua ni aku buat atas niat persediaan kalau kalau dah tertulis jodoh aku makin dekat. kira aku dah sediakan payung sebelum hujan laa. haha.

kursus dianjurkan oleh bahagian pembangunan pelajar (STADD), UIAM dengan kerjasama jabatan agama islam selangor (JAIS). fee 50 ringgit include module-makan pagi-tengahari-petang. murah sikit compared to outside pre marriage course. kan ? totally ada lapan slot selama dua hari kitaorg kursus. dari pagi sampai petang kitaorg kt dalam dewan tu tak pernah kering gusi. boleh tahan jugak lawak diaorg. hehe. mostly diaorg open minded. sudi berkongsi cerita dari pengalaman sendiri. so far banyak jugak input-nasihat-pengajaran utk kitaorg in future. dari apa yg diaorg cerita, hidup berumahtangga ni banyak cabaran dan dugaan. lagi lagi berkaitan kewangan suami isteri. duit suami, duit isteri. duit isteri, duit sendiri. setuju ? :p jangan marah ye. gurau. sebelum kahwin aku suggest engko org belajar laa uruskan kewangan. berjimat. saving banyak tak jadi masalah. yang bermasalah kalau hutang engko org keliling pinggang. hutang study dah confirm. credit card lagi. huh. lagi se engko org perlu tahu cara manage masa utk suami/isteri dan anak anak. even seharian engko org kerja, jangan disebabkan penat engko org abaikan keluarga terutamanya anak.

kalau bertekak-masam muka-tak bertegur itu perkara biasa dalam rumahtangga. bila stress, emosi tak stabil. sometimes anak anak jadi mangsa, officemates pun kena tempias sekali. kesian. control sikit emosi engko org ye. ustaz zulkhairi pesan, jangan amalkan tak bertegur sapa lebih dari tiga hari. maksimum tiga hari je tahu ! sebab lebih dari tempoh tu akan membawa mudarat kepada ikatan.

Nabi S.A.W bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ 

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari tiga hari. (Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

our last slot berkaitan bentuk komunikasi berkesan dalam rumahtangga. sangat penting. because some of divorce cases disebabkan komunikasi tak berkesan. sometimes tak semua mesej yg engko org nak sampaikan dapat difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. aku salah seorang manusia yg tak faham bahasa kiasan. haha ! nak cakap, straight to the point je laa. huh. penat taip. aku stop sini dulu ok. kalau engko org ada masa, why not engko org register kursus kahwin. tak kan preparation semua nak buat last minute kot. pening oii. cepat cepat attend, tak rugi pun :)




see you soon. bai.

Friday 15 February 2013

putus cinta


السلام عليكم

selamat pagi semua ! 

JUMAAT hari aku excited nak dtg kerja selain hari gaji. haha ! selalu lepas kerja aku gerak balik kuantan. minggu ni terpaksa stay gombak sebab esok ada agenda demi masa depan sendiri. fuyoo :p

okay back to topic. pernah tak engko org rasa putus cinta ? jangan tanya aku la.. haha ! kalau engko org nak tau, aku mcm org putus cinta bila kehilangan abah. tp lagi sakit dari putus cinta. itu yg aku masih rasa. putus cinta sekali je menangis tapi kehilangan abah buat aku menangis almost everyday. bila teringat, menangis. bila rindu, menangis. sakit sangat Allah s.w.t je yg tahu. sobs3.

kalau engko org putus cinta jangan terlampau sedih keh. fikir positif. mungkin jodoh engko org tak kuat. senang cakap, takde jodoh. betul. memang susah. take time jugak nak melupakan kenangan. but u have to ! nasihat aku, engko org jgn frust tahap nak bunuh diri. lantak la boyfren/girlfren engko org dah buang ko dlm hati dia sekalipun. keluarga masih dan sampai bila bila akan sayang engko. tahu ? dan engko org kena percaya, jodoh engko org dah ditetapkan di Luh Mahfuz :)

bila engko org teringat kenangan manis bersama, cepat cepat remove semua tu. JANGAN baca novel cinta, layan lagu2 jiwang atau buat something yg boleh buat engko org teringat dia. bagus jugak kalau engko org keluar makan angin-tengok wayang-shopping-karaoke-picnic dgn family, kawan2 takpun dgn bakal boyfren. lagi berkesan engko org tengok maharaja lawak. gelak sampai terburai isi perut pun takpe. haha ! hilang jugak tension tu. paling mujarab engko org solat, doa setiap lima waktu supaya engko org dapat lupakan dia dan ditemukan dengan seseorang iaitu jodoh engko org laa. habis cerita.

" Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah s.w.t menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah s.w.t akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. "


tata !

Wednesday 6 February 2013

permulaan :)


السلام عليكم

hi ! ini blog kedua aku. first blog officially delete sbb malas nak update. kali ni dah terlebih rajin create blog siap ajak officemates. hee. apa2 boleh share story panjang lebar dekat sini je. senang kan ? plus boleh la curi tulang jap membebel kt sini kalau dah bosan ngadap pc. haha ! ok jangan tiru. nak sambung kerja balik. esok ada meeting. 

bai !